Kerja Sambilan di Rumah Melalui Internet

Terdapat pelbagai jenis kerja sambilan di rumah yang boleh diceburi di Malaysia. Salah satu kerja part time yang boleh dibuat dari rumah adalah sebagai pekerja bebas (freelancer). Banyak syarikat dari seluruh dunia terutama sekali yang berasaskan Internet mengupah pekerja bebas dari semasa ke semasa. Cara ini adalah lebih jimat berbanding dengan megupah seorang pekerja sepenuh masa. Syarkat tidak perlu bayar gaji setiap bulan, hanya untuk kerja yang perlu dilaksanakan. Upah kerja sambilan di rumah begini adalah agak lumayan kerana anda akan dibayar US Dollar, bukan Ringgit Malaysia. Kadar bayaran bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan dan jumlah jam bekerja.

Kerja Sambilan di Rumah

Contoh Kerja Sambilan di Internet

Peluang pekerjaan sambilan begini terbuka kepada semua orang di serata dunia termasuk Malaysia. Contoh kerja-kerja yang dilakukan termasuk kerja menaip (typing job), memasukkan maklumat ke dalam system (data entry) dan lain-lain kerja am. (Lihat gambar sebelah untuk contoh kerja part time yang ditawarkan)

Syarat kelayakan juga bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan. Tetapi ada beberapa kelayakan asas yang anda perlukan. Sebagai contoh, anda perlu mempunyai sebuah computer dengan talian Internet, berumur 18 tahun ke atas dan yang penting sekali anda kena faham bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kerja sambilan begini ditawarkan oleh syarikat dari serata dunia kepada orang ramai, jadi Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Tapi, anda tak perlu bimbang sangat tentang penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan kerja yang ditawarkan, asalkan anda boleh faham arahan dalam bahasa Inggeris sudah memadai.

Jika anda tiada pengalaman membuat kerja freelance sebelum ini, anda mungkin tidak tahu tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan kerja-kerja begini. Anda juga perlu bersaing dengan pekerja-pekerja bebas dari serata dunia untuk mendapatkan kerja yang sama. Berita baik adalah terdapat sebuah syarikat Internet tempatan, JDR (Job di Rumah) yang memberi latihan asas kepada rakyat Malaysia cara bagaimana untuk memohon kerja freelance begini. Anda juga boleh mendaftar dengan syarikat ini dan anda akan kerap menerima emel setiap kali ada tawaran kerja sambilan di rumah yang bersesuaian.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kerja freelance dari JDR.

 

.